Assalamualaikum w.b.t....
Setiap yang hidup pasti akan menemui mati.....tak kira lah yang tua atau muda.mati itu bukan hanya untuk yang tua, malah yang muda tetap mati jika itu yang sudah tertulis sejak azali!cuma kita jer yang belom tau bila masa dan ketika roh akan terpisah dari jasad kita yang hanya bersifat sementara nie.. :(
minggu lepas, 21 February 2012, kami kehilangan Nenek Aji *arwah*, nenek lelaki kepada husband i.kehilangannya mengejutkan kami sekeluarga sebab dalam seminggu dua sebelum tue nenek demam. lepas di bawa ke hospital, makan ubat yang doktor bagi, 3-4 hari selepas tu nenek da sihat. sempat juga i dengan husband 2-3 kali melawat dia.since kami tinggal kat Sandakan, and nenek pon tinggal kat Sandakan. tak jauh la sangat dari rumah kitaorang ke rumah nenek.so anytime je boleh pegi lawat sebab dalam 10km++ je nak gi rumah nenek.
husband and arwah....
hanya tinggal kenangan....
gambar time majlis persandingan kami di KK :'(
arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya sendiri pada hari isnin petang, 20 February 2012 dan dikebumikan pada keesokkan harinya di tanah perkuburan islam Jalan Aman, Sandakan. alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar....dan pada hari Selasa malam tu juga bermulalah bacaan tahlil untuk arwah. majlis bacaan tahlil di adakan di Masjid Al Falah, Kg. Karamunting. dan alhamdulillah sekali lagi kehadiran para jemaah setiap malam bertambah dari malam sebelumnya.
bukan tue aje sebenarnya..dari segi makanan pon setiap malam ada saja orang yang bersedekah, menjadikan mula mula menu utama katakan nasi berlauk dengan puding serta minuman. tapi nanti menu mesti akan bertambah.kuih sampai 4-5 jenis, bubur la..agar agar la....alhamdulillah...setiap malam kami mesti dapat menu tambahan dari orang orang yang bersedekah.so boleh cakap setiap malam menghadiri bacaan tahlil di masjid, dapur kat rumah i nie tak berasap la!sebab tiap tiap malam mesti bawa balik makanan yang ditapau!kadang kadang tu auntie auntie nie tapaukan kami makanan macam 10 orang makan.padahal di rumah just me and my husband! :P alhamdulillah....murah juga rezeki kami.....hehehehe...
yang pergi tetap pergi...kita yang masih hidup ni la yang akan meneruskan hidup.bagus juga ada majlis tahlil macam nie.why?sebab actually ramai family sebelah my mum in law yang tinggal kat Sandakan nie, tapi i jarang jarang jumpa dan ada juga yang i tak kenal pon. kalau aunties and uncles sebelah father in law memang kenal la kebanyakkannya sebab dulu dulu selalu turun KK mesti jumpa punya!
so bila tiap tiap malam pegi majlis tahlil nie, biasanya kami kami kaum hawa nie memang akan sebuk sediakan makanan untuk jemaah masjid makan lepas tahlil.so di sini la silaturrahim kami dieratkan sebab sementara tangan bekerja, mulut berborak cerita itu ini. dari yang tak rapat, da jadi rapat =) dari yang mula mula muka nampak garang, tapi rupanya friendly giler! dari yang tak pernah bertegur, da bertegur...siap boleh jadi best friend!hikhikhik....kongsi kongsi cerita bagai...best sangat! ^_^
tapi malam nie da takde majlis tahlil..kena tunggu malam 20 pulak!hurrrrmmm....rindu la dengan semua aunties yang sporting giler tue!tiap tiap malam ada saja cerita kami!thank you la kepada semua aunties yang memang superb!yang membuatkan i rasa betul betul i ada family yang besar kat sini!love you all ketat ketat la!
x o x o
al fatihah buat arwah nenek aji...
semoga rohnya di cucuri rahmat...aminnnn
al fatihah juga buat semua orang orang yang i sayang yang telah pergi meniggalkan kita yang masih hidup nie... :'(