I'm Married!

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 23, 2011

NEW BABY BORN! ^__^

assalamualaikum w.b.t.....

dikesempatan ini i nak ucapkan congratulation to my ex-roomy yang paling rapat time kat U dulu, kak dayang and husband, abang wan yang da dengan rasminya menjadi mak ayah.....their 1st baby was born last night, 22 september 2011, 11.45 p.m at hospital beaufort....thanks god everything went well.... :)

i da jadi makin excited nak peluk cium their baby boy...almaklumlah diri sendiri tak tau ler biler tahun nak ade baby sendiri plus i takut nak beranak!wakakakaka~~~ :DDDD

ok..enuf!meh nak show off pictures this cute baby boy...no name lagi nie....

baby lepas lahir...ni gambar last night..few hours lepas dilahirkan, the mummy terus hantar mms... :)

picture baby siang tadi...baby baru bangun tido...
welcome to the world honey bun! :)

mummy feels so excited nak jumpa you lagi 2 minggu....weeheeee~~~ok...da..i memang sangat excited!ok bai!nanti i meraban lebih lebih...sebab i akan jadi terlalu obses bila nampak baby atau kiddy!hehehehe.....

x    o     x     o
suka bau baby!baby sangat wangi!!!!!!!

Thursday, September 22, 2011

ALMOND POPPY SEEDS CAKE

Assalamualaikum....

hari ni atas permintaan ramai, meh nak share recipe almond poppy seeds cake dengan korang semua.....


bahan-bahannya:
140gm tepung superfine
130gm gula castor
2 sudu besar badam cincang - dipanggang
2 sudu besar poppy seed
5 biji telur (gred B - disejukkan)
1/2 sudu kecil vanilla esen
160gm butter - dipukul sehingga kembang
1 sudu kecil baking powder
30gm susu tepung
3/4 sudu besar ovellate
sedikit badam keping

Cara-caranya:

1.putar tepung superfine+gula castor+telur+baking powder+vanilla esen+ovellate+susu tepung sehingga kembang.pastikan ianya betol betol kembang..kalau tak, cake anda takkan jadi fluffy..maksudnya cake anda tak menjadi la....
2.masukkan butter+poppy seeds+badam cincang
3.campurkan bahan 1+2.....gaul dengan sudip..adun sehingga sebati
4.masukkan ke dalam loyang.tabur dengan badam keping dan poppy seeds di atasnya.
5.bakar suhu 160 darjah 40min

HOW TO DISABLE RIGHT CLICK?

Assalamualaikum w.bt.......

another simple and basic tutorial for blogspot.....here we go! how to disable right click in your blog?

1. Log In ke dashboard
2. Layout > Page Element > Add a Gadget > HTML/Javasript
3. Copy paste skrip dibawah dibahagian content




4. Ruang Title tidak perlu di isi
5. Last sekali, click Save

anda juga boleh menggantikan ayat "Function Disabled!" di dalam coding di atas yang tulisannya berwarna merah kepada ayat lain yang anda kehendakki seperti 'Hoi!tak de keje ke?jangan copy content blog aku!'....atau 'mak saya marah orang suka copy paste blog orang lain'....atau ape ape ayat yang anda kehendakki.so guys!SELAMAT MENCUBA :)

x    o    x    o
zasssssssss!!!!!!!

HOW TO DISABLE TEXT SELECTION IN YOUR BLOG?

Assalamualaikum w.b.t.....


sekali lagi, 'lamanyaaaaaaaaaa i tak update blog'...huhuhuuh...i've been so busy since last week, and just came back from KL!phewwww.....what an extremely busy trip...packed with a lots of thing to be settled....chaiyok chaiyok!lalalalala~~~

so, lets make it short...lets move on to our tutorial on how to disable text selection in blog?

even though you guys dah disable kan right click...tapi people hanya tak boleh guna function right click untuk copy paste content blog anda, but they still can use shortcut keyboard CTRL C untuk copy and CTRL V untuk paste.so, macam mana nak halang mende ni dari terjadi?di sinilah gunanya disable text selection....macam mana nak buat? mari ikuti tutorial di bawah ini.....happy learning guys!!!!

pertama sekali sila log in blog anda....kemudian pergi ke layout dan click pada Edit HTML.



selepas itu, sila backup template dulu bagi mengelakkan sebarang kejadian tak diingini dengan klik download full template dahulu....


kemudian, tekan pada keyboard anda CTRL F..cari dalam script template anda.



nampak kan di atas tue bila anda tekan CTRL F kat keyboard and search for akan terkeluar seperti dalam gambar di atas...and apabila itu berlaku....sila copy code di bawah nie and paste kan DI ATAS



p/s:memandangkan i telah disable kan right click serta text selection di dalam blog ini, anda boleh tinggalkan comment di bawah untuk dapatkan coding tersebut...i akan segera dengan pantas memberi coding tersebut di fb atau blog anda....harap maklum...i terpaksa disable right click serta disable kan text selection di blog ni atas sebab sebab keselamatan memandangkan pernah terjadi kejadian tak di ingini sebelum nie....harap maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.....

so lepas anda paste kan coding di atas nie DI ATAS , sila preview dulu blog anda..sekiranya tiada error atau problem boleh lah anda click SAVE TEMPLATE and everything is DONE! :) senang kan?

x     o    x     o
selamat mencuba! ^__^

Tuesday, September 13, 2011

HOW TO INSTALL BLOG BACKGROUNDS USING HOT BLIGGITY BLOG

Assalamualaikum....

Tutorial ini dibuat khas atas request Abang Dan dari Ska Syndicate :) tapi ilmu tuhan harus lah kita share share kan...di ingatkan ini adalah tutorial basic dalam pembinaan blog...basic basic i boleh ajar...kalau nak yang tahap pro punya blog i tak mencapai tahap tu lagi....masih lagi tak berapa nak hebat dalam dunia blogging...so Abang Dan...this is for you :)


first of all, harus terjah Hot Bliggity Blog dan pilih sama ada mahukan background yang standard, widened atau full-width.

1. pilih standard, widened atau full width
2. kemudian pilih design dan click install di bawah design yang berkenan di hati :)

lepas click install dia akan kuar camnie


so, next step is log in blog anda....akan terpapar di screen anda seperti ini...


haruslah membawa tetikus anda kepada perkataan 'design' dan click la di situ...kemudian apa yang akan terpapar di screen anda adalah seperti berikut...


seterusnya click 'add gadget' seperti yang tertera di dalam gambarajah di atas...hehehehe....apa yang akan anda dapat lihat adalah seperti di bawah ini...


pilih 'HTML/JavaScript'...dan apa yang akan berlaku adalah seperti ini....


apa yang perlu dilakukan hanya 'right click' seperti dalam gambar rajah di bawah ini....


lepas 'right click' scroll down...jumpa perkataan 'paste'..click je.....


dan lepas tu jangan lupa 'save'.....and everything is DONE....refresh page dan lihatlah hasilnya....senang kan?so SELAMAT MENCUBA :)








Sunday, September 11, 2011

CAKE OF THE YEAR!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t....

lately i menghadapi sindrom time constraint di mana blog da berminggu dibiar berhabuk bersawang!orang raya mesti nak kemas kemas bersih bersih...i?kemas umah jer...blog berhabuk bersawang....adeh!!!masa betul betul mencemburui i...nak lagi rezeki syawal...lepas puasa and raya alhamdulillah order untuk vco memang banyak dan diluar jangkaan....itu maksudnya pengguna memang da percaya dengan keberkesanan product nie... :)

oklah...atas permintaan ramai nak tengok sangat rupa almond poppy seeds cake yang i da bagi anugerah 'cake of the year'...kenapa?sebab normally tiap tiap tahun dalam bulan syawal i akan bakar cake maksimum 3 bijik sahaja...tapi dek kerana penangan almond poppy seeds cake, tahun nie kurang seminggu beraya i da bakar 9 bijik almond poppy seeds cake nie!2 bijik cakes ni hanya mampu bertahan selama 2 hari di atas meja hidangan...baru nak masuk hari ketiga cake nie kompem da licin...i pon tak tau nape ramai orang suka sangat makan cake nie termasuklah diri i sendiri! =.=' diet tak diet haku tetap belasah!muahahahahaha...lepas tu nyesal sendiri! ;p

cara buat cake ni nak cakap susah, tak susah..nak cakap senang tak senang..tapi yang pastinya korang memerlukan mixer gabak yang mempunyai speed maksimum yang sangat laju...kalau setakat hand mixer memang tak jalan!so cake ni juga boleh diklasifikasikan sebagai cake yang mengada ngada demand tinggi jugak la!sebab mixer besar harga pon besar.....hehehehehehehe...

meh tengok rupa cake nie...nak kata ada rupa ada sikit sikit je la....takde la ade rupa yang indah menawan sangat....tapi rasa dia.....korang kena rasa sendiri baru tau sedap ke tak......


almond poppy seeds cake

see.....rupa dia biasa biasa je kan?tapi sekali makan asyik nak ulang alik je makan sampai lenguh jaw ni mengunyah cake nie.....huhuhuuh....sape nak try i boleh ajar dengan syarat make sure korang beli mixer yang gabak dulu... :)

sekian dahulu...kalau rasa terliur harap maaf...sape nak order boleh pm i....cod daerah baling bisa diatur...hehehehe

x    o    x    o
kesian encek tunang...
i da bakar 9 bijik cake ni bagi orang makan..
gamaknya yang ke-10 atau yang ke-11 la baru dia dapat merasa...hehehhee

VCO atau MINYAK KELAPA DARA MEMBERI NUTRISI PADA IBU MENGANDUNG, IBU DAN BAYI MENYUSU


Soalan 1 : SELAMAT KE IBU MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU MENGAMBIL VCO CATAYLST?

MINYAK KELAPA DARA ADALAH 100%  ORGANIK DAN  TIDAK MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA

Minyak kelapa dara terdiri drpda 90% lemak tepu yg baik utk kesihatan :)

Minyak Kelapa Dara dihasilkan menggunakan isi kelapa segar (bukan kopra) dengan kaedah yang TIDAK melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, proses penghidrojenan dan penggunaan bahan pencair (solvent) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Isi kelapa segar yang diparut akan diperah samada menggunakan mesin pemerah atau secara tradisi menggunakan tangan, dibiarkan selama 24 hingga 48 jam dalam bekas yang bersih dan suci untuk mengasingkan santan, air dan minyak kelapa. Selepas 24 - 48 jam, perahan isi kelapa tadi akan terbentuk dalam tiga bahagian:


Minyak
Air
Santan


Minyak akan terbentuk di atas sekali, air di bahagian tengah dan santan di bahagian bawah.

Minyak kemudiannya ditapis keluar secara manual atau menggunakan mesin. Minyak yang terhasil inilah dinamakan Minyak Kelapa Dara, kerana cara pemperosesannya yang tidak menggunakan haba tinggi dan sebarang bahan kimia. Tidak seperti minyak-minyak sayuran dipasaran, Minyak Kelapa Dara tidak melalui proses yang dinamakan RBD (refined, bleached and deodorized) iaitu penghalusan, penyahan warna dan penyahan bau. Dalam proses RBD, haba yang tinggi digunakan untuk mengnyahkan bau minyak, dinyah warnanya dan ditapis beberapa kali untuk menghilangkan bahan-bahan asing dalam minyak yang biasanya terjadi dalam proses pengilangan besar.

Minyak Kelapa Dara yang dihasilkan secara tradisi mengekalkan warnanya yang jernih, bau isi kelapa yang sebenar, tidak berasa 'asap' (smokey taste), tahan lama sehingga 24 bulan dan mudah beku pada suhu 25 darjah ke bawah. Minyak Kelapa Dara yang berciri seperti di atas telah diakui sebagai minyak yang paling sihat dalam dunia!

Soalan 2 :APAKAH KEBAIKANNYA KEPADA IBU MENGANDUNG DAN IBU DAN BAYI MENYUSU ?


Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid lemak tersebut memberikan bayi yang disusukan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan bakteria. Paras kandungan antimikrobial asid lemak tersebut mungkin serendah 3-4%. Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat kahsiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). Ini bererti kandungan jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan. Satu kajian yang melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah, mengesahkan bahawa minyak kelapa apabila ditambahkan pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan penambahan berat badan adalah dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fisik bukan kadar penyimpanan lemakKesimpulannya dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu mencernanya dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga tidak dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan.

SOALAN 3 : APAKAH KEBAIKAN2 YG LAIN BAGUS UTK IBU MENGANDUNG?

Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa minyak kelapa dara membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin dan juga dapat mengatasi keletihan badan ketika mengandung dan juga ketika mengembalikan kecerdarsan selepas pantang dan ketika berpantang

SOALAN 4 : BOLEHKAN VCO DISAPUKAN DI BADAN BAYI ATAU DIAMBIL OLEH BAYI?

Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihataN). Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segal virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit. Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’. Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.

VCO blh diberikan pada kanak2 yg berumur 4 thn ke atas tidak kira untuk lelaki atau perempuan. Boleh digunakan dan disapukan kepada bayi anda jika mengalami 'rashes'.

Diharapkan keterangan diatas dapat mengungkai kan was2 dihati ibu mengandung dan ibu n bayi menyusu. Sejak minyak kelapa dara diperkenalkan didalam bentuk cecair lg, ramai ibu telah menggunakan utk tujuan senang bersalin.


x    o    x    o
berminat untuk mendapatkan product ini?
anda boleh dapatkannya di DAWINA'S BEAUTY LENS SHOPPE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...